Cara Kongsi Pautan Facebook ke Whatsapp

8:09 AM 1 Comments A+ a-

Pada zaman whatsap ini, ramai betul yang suka cekup (capture) skrin Facebook, dan diedarkan ke whatsapp.

Ada juga yang cekup skrin whatsapp, kemudia edar ke facebook.

Klaau dari Facebook ke whatsapp itu tidak pelik, sebab memang setiap mesej Whatsapp itu tiada URL khasnya.

Whatsapp tiada URL, tapi ada hati nak dipanggil "media sosial".


Kembali kepada persoalan asal, kenapa orang suka cekup skrin Facebook, untuk hantar ke whatsapp.

Jawapan yang saya ketemui ialah, rupanya kebanyakan pengguna facebook mudahalih adalah menggunakan aplikasi Facebook, dan bukannya pengimbas web.

Dalam aplikasi whatsapp mudahalih, tiada opsyen untuk mengongsi posting seseorang itu ke whatsapp.
Opsyen share hanya ada untuk kongsi ke facebook juga dan permesejan facebook.

Walaupun Whatsapp telah dibeli oleh Facebook, namun tetap tidak boleh kongsi terus ke whatsapp.

Maka dengan itu kegiatan fitnah berleluasa. Posting facebook yang private juga dicekup dan dihantar melalui whatsapp. Kalau yang public (gambar dunia), boleh juga diterima.

Ada segerombolan manusia yang suka taip karangan di Facebook. Apabila karangan itu mengiurkan untuk dikongsi, maka dicekupnya skrin karangan itu sampai 3 gambar, kemudian di hantar melalui whatsapp.

Itu cara manusia biasa.

Cara kita mungkin berbeza.

Adalah lebih baik pautan asal posting facebook itu dihantar melalui whatsapp, supaya pembaca boleh melihat secara langsung. samada ada pembetulan atau artikel ditarik balik, atau diprivasikan.

Kalau ada fitnah, mungkin diruangan komen ada pemberitahuan ...

Jadi apa caranya untuk hantar URL posting facebook ke whatsapp?

Kalau guna desktop, boleh paste sahaja URL.

Kalau guna mobile.
setakat artikel ini ditulis, Anda tidak boleh paste URL ke whatsapp kalau menggunakan aplikasi facebook.

Saya sendiri menggunakan chrome untuk membaca facebook di telefon mudahalih.

caranya....

klik pada "masa" posting untuk membuka  URL posting itu sahaja.




Menu Konteks - > Cari "Share ..." --> pilih Whatsapp.




Pilih pemerima, samada Group atau orang perseorangan.

Hasilnya akan jadi sebegini...



Ianya mungkin buruk sedikit sebab ada "Comments" ,
Jadi anda boleh hantar ke tempat sementara dahulu, dan kemudian edit "Comments" itu kepada tajuk yang bombastik sebelum hantarkan ke kumpulan rakan atau individu.





macam mana nak intergratekan online biz kepada lokasi fizikal kedai yang nak dibuka

8:31 AM 1 Comments A+ a-



macam mana nak intergratekan online biz kepada lokasi fizikal kedai yang nak dibuka.

Tapi takpe lah, aku tulis je tips.

Kalau ada Fanpage, kena set jadi local business.
lepas tu boleh attach lokasi.
Daripada situ, customer boleh check in kat kedai tu.
Dapat promosi free.

Selain dari tu, buat marking di Fousquare.
Foursquare pun boleh ada page khas untuk lokasi.
yang tu boleh intergrate dgn fanpage.
Tapi feature tu aku jarang guna sebab aku taknak banyak sangat source post ke fb fanpage.
Ada juga customer yang cari guna foursquare dan navigate ke situ guna waze atau google map mobile.

Dan yang paling penting sekali. Ialah "Google Places" atau nama baru "Google My Business"

Lokasi Google My Business tu wajib ada. dan wajib tepat2 di lokasi depan pintu.
Kelebihan dia, nanti dia akan intergrate dengan
1. Website
2. Google Search
3. Page G+ (which is page untuk Google My Business juga)
4. Google Map , termasuk mobile client nak guna untuk navigate.
5. Waze.
6. Streetview (kalau kedai tepi jalan)
7. Adwords (kalau guna adwords, boleh display alamat dan terus customer boleh navigate)
8. Photo sphere

Jadi bab Google My Business ni, boleh join kursus Wanmus Sifu Adwords ...

kesemua itu adalah free kecuali adwords dan photosphere.
Tapi kalau dah ada adwords, penambahan lokasi itu adalah free, cuba kos iklan je tak free.

Bing Places, aku tak wajibkan. kalau nak add pun OK juga. tapi aku pun belum add.

Simpan komen aku ni, jika betul2 nak buka kedai fizikal.