Di Mana Nak Belajar Beriklan Google Adwords?

7:25 AM 0 Comments A+ a-

Berdasarkan pengalaman saya, memang boleh nak guna adwords secara belajar sendiri, akan tetapi memang sukar mencapai taraf efisyen kalau buat sendiri.

Anda boleh terus daftar Adwords dan terus buat iklan.
Akan tetapi memang pening melihat terminologi yang digunakan.

Seseorang yang biasa dengan Facebook Ads juga sukar nak memahaminya.

Namun boleh juga kalau nak teruskan. Akan tetapi memang sukar.

Pengalaman saya, mula beriklan dengan Adwords pada julai 2014, ketika itu saya menyampah dengan Facebook Ads yang makin lama cekik darah.

Memang cara saya salah, sebab melebihkan Display network punya iklan dan tak mengutamakan Search Network punya iklan. Ketika itu saya tak berapa faham kenapa nak iklan di Search Network.

Jadi iklan di Search network saya dulu adalah ala kadar, dan tak menepati apa yang pengguna dan Google mahukan.

Namun keadaan berubah apabila saya berkursus dengan Sifu Adwords , Wan Mus Al-Hensemi.

Kalau dulu, saya hanya melihat bilangan klik, tetapi tidak melihat kualiti klik.

Namun selepas berkursus, memang klik itu lebih berkualiti.

Namun semuanya sudah diperbetulkan ketika kursus, menyebabkan kini pembahagian kos iklan adalah lebih kepada Search berbanding Display.
Display hanya digunakan untuk remarketing bagi pelawat yang pernah masuk melalui Search, atau SEO.


Bagaimana nak tahu klik lebih berkualiti?
Memang Google Adwords boleh disambungkan dengan Google Analytics , dari situ boleh nampak prestasi klik. Berapa lama pelawat yang klik itu duduk melepak2 bersantai-santaian melihat produk anda.

Jangan terkejut kalau ada yang sampai 1 jam, mungkin sampai lupa masak nasi.



Peningkatan yang digandakan setelah kursus ialah.
nov-dec 2014 vs jan feb 2015
1. Average session duration, meningkat 2.x kali ganda.
[akibat daripada pemilihan audien yang lebih baik]



2. Bilangan paid visitor, meningkat 2 kali ganda.
[akibat daripada pengurangan cpc, pada bajet yang sama]





3. Bilangan organic visitor pun meningkat 2 kali ganda.
[akibat daripada tips SEO, yang ini tak perlu bayar adwords]

 
Jadi saya sarankan, anda untuk mengikuti kursus daripada Wan Mus.

Ada banyak lagi kebolehan Adwords yang boleh diperolehi.
Antaranya, Iklan boleh ikut bakal pelanggan ke mana-mana.

Iklan boleh ikut pelanggan yang hanya melepak di laman web anda lebih 5 minit.
Boleh jadualkan iklan, ikut waktu operasi anda.

Boleh turunkan bidaan, sehingga anda boleh dapat 1,2 sen per klik.