Cara Kongsi Pautan Facebook ke Whatsapp
Pada zaman whatsap ini, ramai betul yang suka cekup (capture) skrin Facebook, dan diedarkan ke whatsapp.Ada juga yang cekup skrin whatsapp, kemudia edar ke facebook.
Klaau dari Facebook ke whatsapp itu tidak pelik, sebab memang setiap mesej Whatsapp itu tiada URL khasnya.
Whatsapp tiada URL, tapi ada hati nak dipanggil "media sosial".
Kembali kepada persoalan asal, kenapa orang suka cekup skrin Facebook, untuk hantar ke whatsapp.
Jawapan yang saya ketemui ialah, rupanya kebanyakan pengguna facebook mudahalih adalah menggunakan aplikasi Facebook, dan bukannya pengimbas web.
Dalam aplikasi whatsapp mudahalih, tiada opsyen untuk mengongsi posting seseorang itu ke whatsapp.
Opsyen share hanya ada untuk kongsi ke facebook juga dan permesejan facebook.
Walaupun Whatsapp telah dibeli oleh Facebook, namun tetap tidak boleh kongsi terus ke whatsapp.
Maka dengan itu kegiatan fitnah berleluasa. Posting facebook yang private juga dicekup dan dihantar melalui whatsapp. Kalau yang public (gambar dunia), boleh juga diterima.
Ada segerombolan manusia yang suka taip karangan di Facebook. Apabila karangan itu mengiurkan untuk dikongsi, maka dicekupnya skrin karangan itu sampai 3 gambar, kemudian di hantar melalui whatsapp.
Itu cara manusia biasa.
Cara kita mungkin berbeza.
Adalah lebih baik pautan asal posting facebook itu dihantar melalui whatsapp, supaya pembaca boleh melihat secara langsung. samada ada pembetulan atau artikel ditarik balik, atau diprivasikan.
Kalau ada fitnah, mungkin diruangan komen ada pemberitahuan ...
Jadi apa caranya untuk hantar URL posting facebook ke whatsapp?
Kalau guna desktop, boleh paste sahaja URL.
Kalau guna mobile.
setakat artikel ini ditulis, Anda tidak boleh paste URL ke whatsapp kalau menggunakan aplikasi facebook.
Saya sendiri menggunakan chrome untuk membaca facebook di telefon mudahalih.
caranya....
klik pada "masa" posting untuk membuka URL posting itu sahaja.
Menu Konteks - > Cari "Share ..." --> pilih Whatsapp.
Pilih pemerima, samada Group atau orang perseorangan.
Hasilnya akan jadi sebegini...
Ianya mungkin buruk sedikit sebab ada "Comments" ,
Jadi anda boleh hantar ke tempat sementara dahulu, dan kemudian edit "Comments" itu kepada tajuk yang bombastik sebelum hantarkan ke kumpulan rakan atau individu.