Cara nak pilih orang untuk diunfriend di Facebook jika sudah cecah 5000 orang

2:32 AM 1 Comments A+ a-

Bila Facebook Friend kita sudah mencecah 5000 orang atau lebih kurnag itu.

Anda akan mengalami masalah nak request friend pada kawan-kawan kita, terutama sekali yang kita pernah jumpa. Kalau sudah 5000, maka kita perlu kurangkan sedikit.

Jadi kita perlu pilih orang yang tak hormat kita, atau memperalatkan kita untuk kepentingan diri.

Sebagai contoh, ada orang menambah kita ke group, supaya dia boleh membuat iklan.

Ini memang memperalatkan kita, untuk kepentingan dia.

Jadi, apa yang perlu anda lakukan, ialah masuk ke group yang kita dimasukkan secara paksa itu.

Klik pada "Members",
Cari nama sendiri, dan boleh jumpa orang yang memperalatkan kita itu.


Maka kita jumpalah orang yang memperalatkan kita itu.

Jika Friendlist kita ada ramai "Siti Aishah" maka kena cari satu-satu, Siti Aishah manakah yang memperalatkan kita.

Maka kita unfriendkan dia.



Maka kita dapat 1 kuota tambahan, untuk friend dengan orang lain.


Ulangi langkah ini, dengan menggunakan Group Facebook lain, kalau-kalau ada orang lain memperalatkan kita.



Di Mana Nak Belajar Beriklan Google Adwords?

7:25 AM 0 Comments A+ a-

Berdasarkan pengalaman saya, memang boleh nak guna adwords secara belajar sendiri, akan tetapi memang sukar mencapai taraf efisyen kalau buat sendiri.

Anda boleh terus daftar Adwords dan terus buat iklan.
Akan tetapi memang pening melihat terminologi yang digunakan.

Seseorang yang biasa dengan Facebook Ads juga sukar nak memahaminya.

Namun boleh juga kalau nak teruskan. Akan tetapi memang sukar.

Pengalaman saya, mula beriklan dengan Adwords pada julai 2014, ketika itu saya menyampah dengan Facebook Ads yang makin lama cekik darah.

Memang cara saya salah, sebab melebihkan Display network punya iklan dan tak mengutamakan Search Network punya iklan. Ketika itu saya tak berapa faham kenapa nak iklan di Search Network.

Jadi iklan di Search network saya dulu adalah ala kadar, dan tak menepati apa yang pengguna dan Google mahukan.

Namun keadaan berubah apabila saya berkursus dengan Sifu Adwords , Wan Mus Al-Hensemi.

Kalau dulu, saya hanya melihat bilangan klik, tetapi tidak melihat kualiti klik.

Namun selepas berkursus, memang klik itu lebih berkualiti.

Namun semuanya sudah diperbetulkan ketika kursus, menyebabkan kini pembahagian kos iklan adalah lebih kepada Search berbanding Display.
Display hanya digunakan untuk remarketing bagi pelawat yang pernah masuk melalui Search, atau SEO.


Bagaimana nak tahu klik lebih berkualiti?
Memang Google Adwords boleh disambungkan dengan Google Analytics , dari situ boleh nampak prestasi klik. Berapa lama pelawat yang klik itu duduk melepak2 bersantai-santaian melihat produk anda.

Jangan terkejut kalau ada yang sampai 1 jam, mungkin sampai lupa masak nasi.



Peningkatan yang digandakan setelah kursus ialah.
nov-dec 2014 vs jan feb 2015
1. Average session duration, meningkat 2.x kali ganda.
[akibat daripada pemilihan audien yang lebih baik]



2. Bilangan paid visitor, meningkat 2 kali ganda.
[akibat daripada pengurangan cpc, pada bajet yang sama]





3. Bilangan organic visitor pun meningkat 2 kali ganda.
[akibat daripada tips SEO, yang ini tak perlu bayar adwords]

 
Jadi saya sarankan, anda untuk mengikuti kursus daripada Wan Mus.

Ada banyak lagi kebolehan Adwords yang boleh diperolehi.
Antaranya, Iklan boleh ikut bakal pelanggan ke mana-mana.

Iklan boleh ikut pelanggan yang hanya melepak di laman web anda lebih 5 minit.
Boleh jadualkan iklan, ikut waktu operasi anda.

Boleh turunkan bidaan, sehingga anda boleh dapat 1,2 sen per klik.










Keinginan untuk Berjaya Punca Prank Google Idea Choker Chat Berjaya?

11:49 AM 0 Comments A+ a-

Diberitakan bahawa seorang pelajar mendapat tawaran dari Google, samada untuk memilih membangun bersama Google atau memilih wang tunai.

Ada pihak yang 'kecewa' kenapa pilih tunai.

Banyak media memaparkan berita itu, jadi viral seketika, ramai warga media sosial yang forward berasa bangga dengan pencapaian itu.

Namun, Ianya cuma prank april fool.

Prank agak berjaya, apabila kandungan prank agak teknikal, dan kandungan itu kelihatan menarik minat Google.

Ada visi dalam kandungan prank itu, soal bahasa, l10n, terjemahan dalam "perisian" itu.

Choker Chat itu memang wujud, tetapi mungkin tidak sampai ke tahap menarik minat google.


 
Memang ada visi, dan kita hormat visi itu.

Bagaimana guru boleh terpercaya dengan dakwaan?

Yusrim mungkin pelajar handal di sekolahnya.

Kita boleh lihat usahanya, membuat banyak apps. Maka tidak hairan kalau guru boleh terpercaya.




Timbul kehairanan bagaimana boleh tersebar dimedia terlalu cepat.
Dan di media , itu siap ada gambar sekolah.


Mungkin guru begitu ghairah nak menaikan nama sekolah, dan menghantarnya ke media.



Jika begitu, wujud keinginan tinggi nak menaikkan nama sekolah, dan keinginan tinggi untuk diiktiraf google.

Harap janganlah dikenakan tindakan yang berat-berat pada Yusrim dan guru-guru SMK Merpati.
Google pun tak marah.

Yang agak mengejutkan, Bahasa Melayu diterima masuk ke Adsense pada hari yang ini.

Mungkin ada kaitan dengan prank itu.