Keinginan untuk Berjaya Punca Prank Google Idea Choker Chat Berjaya?

11:49 AM 0 Comments A+ a-

Diberitakan bahawa seorang pelajar mendapat tawaran dari Google, samada untuk memilih membangun bersama Google atau memilih wang tunai.

Ada pihak yang 'kecewa' kenapa pilih tunai.

Banyak media memaparkan berita itu, jadi viral seketika, ramai warga media sosial yang forward berasa bangga dengan pencapaian itu.

Namun, Ianya cuma prank april fool.

Prank agak berjaya, apabila kandungan prank agak teknikal, dan kandungan itu kelihatan menarik minat Google.

Ada visi dalam kandungan prank itu, soal bahasa, l10n, terjemahan dalam "perisian" itu.

Choker Chat itu memang wujud, tetapi mungkin tidak sampai ke tahap menarik minat google.


 
Memang ada visi, dan kita hormat visi itu.

Bagaimana guru boleh terpercaya dengan dakwaan?

Yusrim mungkin pelajar handal di sekolahnya.

Kita boleh lihat usahanya, membuat banyak apps. Maka tidak hairan kalau guru boleh terpercaya.




Timbul kehairanan bagaimana boleh tersebar dimedia terlalu cepat.
Dan di media , itu siap ada gambar sekolah.


Mungkin guru begitu ghairah nak menaikan nama sekolah, dan menghantarnya ke media.



Jika begitu, wujud keinginan tinggi nak menaikkan nama sekolah, dan keinginan tinggi untuk diiktiraf google.

Harap janganlah dikenakan tindakan yang berat-berat pada Yusrim dan guru-guru SMK Merpati.
Google pun tak marah.

Yang agak mengejutkan, Bahasa Melayu diterima masuk ke Adsense pada hari yang ini.

Mungkin ada kaitan dengan prank itu.