Bagaimana nak "read later" di Whatsapp Group?

8:21 AM 0 Comments A+ a-

Setiap hari ada sahaja beratus-ratus mesej yang masuk, terutama sekali daripada group Whatsapp.

Ada gambar, ada karangan berjela-jela.
Ada yang forward secara buta tulis.

Namun ada juga yang baik untuk dibaca.

cuma....

Ianya panjang berjela dan tak sesuai untuk Whatsapp.

Yang peliknya whatsapp ini pula tidak boleh lihat sebahagian sahaja.
Tak boleh papar 3 baris sahaja.

Jadi ia membuatkan mesej panjang itu, memenuhi ruang, sehingga akan mengakibatkan kita tidak perasan mesej kontot yang penting, yang memerlukan pemerhatian segera.

Pengguna whatsapp pula memang suka copy paste ke whatsapp.

Kita, sebagai manusia bertamadun kena urus masa elok-elok.

Urus apa yang hendak dibaca, yang memerlukan pemerhatian kita, kena didahulukan.
Benda informatif, perlu dibaca, tetapi tidaklah URGENT.

Maka apa penyelesaiannya bagi memudahkan kita tanda sesuatu artikel dalam Whatsapp group untuk dibaca kemudian masa?

Apabila saya lihat, kalau kita pilih (select) 1 artikel, tiada opsyen untuk share ke aplikasi lain.
Yang ada hanya "padam" atau forward ke tempat lain.

Kalau boleh share ke tempat lain, boleh lah juga dimasukkan ke pocket, atau emel.

Jadi penyelesaian sebenar tidak ada, yang ada hanya penyelesaian sementara.

Buat 1 group whatsapp, bertajuk "Baca Nanti" atau "read later" atau "Neelofa suruh baca",
masukkan nombor anda dan atau nombor kenalan rapat.

Apa yang anda boleh buat ialah, kalau terjumpa artikel panjang berjela, yang informatif, tetapi memerlukan masa untuk di baca, maka forwardkan sahaja ke group itu.



Bila ada masa. Barulah baca,