Tips Keselamatan di Rumah

8:42 PM 0 Comments A+ a-

Suami, sediakan parang, di tempat rahsia.

Isteri pula tugas dia sorok parang itu.

Bila ada pencuri masuk.

Suami pun cari parang itu, bila tak jumpa , suami akan mengamuk...

"WOI! SIAPA ALIHKAN PARANG".

pencuri lari lintang pukang


Bagaimana nak "read later" di Whatsapp Group?

8:21 AM 0 Comments A+ a-

Setiap hari ada sahaja beratus-ratus mesej yang masuk, terutama sekali daripada group Whatsapp.

Ada gambar, ada karangan berjela-jela.
Ada yang forward secara buta tulis.

Namun ada juga yang baik untuk dibaca.

cuma....

Ianya panjang berjela dan tak sesuai untuk Whatsapp.

Yang peliknya whatsapp ini pula tidak boleh lihat sebahagian sahaja.
Tak boleh papar 3 baris sahaja.

Jadi ia membuatkan mesej panjang itu, memenuhi ruang, sehingga akan mengakibatkan kita tidak perasan mesej kontot yang penting, yang memerlukan pemerhatian segera.

Pengguna whatsapp pula memang suka copy paste ke whatsapp.

Kita, sebagai manusia bertamadun kena urus masa elok-elok.

Urus apa yang hendak dibaca, yang memerlukan pemerhatian kita, kena didahulukan.
Benda informatif, perlu dibaca, tetapi tidaklah URGENT.

Maka apa penyelesaiannya bagi memudahkan kita tanda sesuatu artikel dalam Whatsapp group untuk dibaca kemudian masa?

Apabila saya lihat, kalau kita pilih (select) 1 artikel, tiada opsyen untuk share ke aplikasi lain.
Yang ada hanya "padam" atau forward ke tempat lain.

Kalau boleh share ke tempat lain, boleh lah juga dimasukkan ke pocket, atau emel.

Jadi penyelesaian sebenar tidak ada, yang ada hanya penyelesaian sementara.

Buat 1 group whatsapp, bertajuk "Baca Nanti" atau "read later" atau "Neelofa suruh baca",
masukkan nombor anda dan atau nombor kenalan rapat.

Apa yang anda boleh buat ialah, kalau terjumpa artikel panjang berjela, yang informatif, tetapi memerlukan masa untuk di baca, maka forwardkan sahaja ke group itu.



Bila ada masa. Barulah baca,






Like Ads di facebook Advertisement itu berbaloi atau tidak?

11:06 PM 2 Comments A+ a-


Like Ads di facebook Advertisement itu berbaloi atau tidak?

Jawapannya subjektif, bergantung pada keadaan.

Terlalu banyak "jika" , yang yang perlu diambil kira sebelum boleh diisytiharkan berbaloi.

Keadaan Pertama

Keadaan pertama anda perlu like ads adalah apabila liker anda terlalu sedikit, jadi untuk menambahkan liker, anda guna like ads.

Keadaan Kedua.
Jika anda memang mengemaskini fanpage secara istiqamah, anda akan boleh perhatikan berapa page engagement anda.

Ada yang 1000, ada yang 2000, ada yang 30, ada yang "4"



Anda kata biasanya, anda 1000, tetapi hari ini anda lihat 700 sahaja, maka anda boleh panic sedikit.
Anda boleh laksanakan like ads sekejap sahaja untuk naikkan ke paras 1000.

Tetapi Tambahan itu adalah bukan daripada liker terdahulu, tetapi daripada likers baru.


Tetapi, jika anda jenis pos sekali sekala, anda tidak sesuai untuk gunakan like ads untuk menambahkan organic engagement.

Selalunya Facebook memang kedekut, Kalau sudah lama tidak berinteraksi dengan fanpage, terus tak nampak fanpage anda itu.

Jangan gatal tangan, kalau enggagement anda 1000, tetapi anda nak kekal enggagement 2000, dan gunakan like ads untuk mencapai sasaran 2000 itu.

Kalau banyak duit boleh.

Tetapi cadangan saya , ianya hanya sesuai untuk menambahkan engagement sekadar 20% sahaja.
Selebih dari itu, sudah membazir.

Jadi, bila waktu sesuai nak hidupkan like ads?

Katakan engagement anda 1000, dan anda rasa ia cukup, maka tak payah buat.

Jika enggagement anda 1000, tetapi selalu surut, anda boleh laksanakan sekali sekala.
Duit anda itu boleh digunakan untuk iklan lain yang lebih berbaloi.

Jadi, anda mungkin sesuai laksanakan like ads, sebulan 4 kali.

Sebagai contoh, setiap hari isnin.


Ada kaedah lain untuk meningkatkan engagement fanpage anda. Iaitu buat iklan jenis engagement, tetapi disasarkan pada likers sedia ada.

Yang jenis itu pun jangan over push.

Kalau nak buat , buat guna kaedah sehari seminggu sahaja.

Mengapa Engagement tinggi bagus?
Ianya akan memberikan exposure organik percuma yang lebih tinggi.










Hello World

9:37 PM 0 Comments A+ a-

Hello World